Pantai Tapang Beach Resort
0%

Terma dan syarat

TERMA DAN SYARAT PANTAI TAPANG BEACH RESORT

1. Pengesahan Tempahan

  • Tempahan bilik hanya sah setelah bayaran penuh dijelaskan melalui laman web rasmi.
  • Sebarang pembatalan tempahan tidak dibenarkan.
  • Sekiranya tetamu gagal mendaftar masuk (check-in), bayaran yang telah dibuat tidak akan dipulangkan (100%).

2. Penukaran Tarikh Tempahan

  • Permohonan penukaran tarikh hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh daftar masuk.
  • Penukaran tarikh hanya dibenarkan sekali sahaja.
  • Sekiranya tetamu gagal mendaftar masuk pada tarikh baharu yang telah ditukar, bayaran tidak akan dipulangkan (100%).

3. Hak Pihak Resort

  • Pihak resort berhak menggantikan bilik yang ditempah dengan bilik lain yang setara sekiranya bilik asal sedang dalam penyelenggaraan atau atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
  • Pihak resort berhak mengambil tindakan termasuk mengarahkan tetamu keluar sekiranya bilangan penghuni melebihi had yang ditetapkan.

4. Peraturan Bilik

  • Dilarang membawa alkohol, merokok, membawa durian, atau membawa haiwan peliharaan ke dalam bilik.
  • Dilarang melakukan sebarang aktiviti yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti meminum arak, berjudi, atau bergaul dengan pasangan bukan mahram.

5. Waktu Daftar Masuk (Check-In)

  • Tetamu hendaklah mematuhi waktu daftar masuk yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan resort.

6. Tanggungjawab Tetamu

  • Pihak resort tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan harta benda, kecederaan, atau kemalangan yang berlaku akibat kecuaian tetamu sepanjang tempoh penginapan.
+

Carian Bilik

Required fields are followed by *