Sebelum singgah Tapang.
Jawapan kepada soalan lazim tentang penginapan dan tempahan di Pantai Tapang Beach Resort.
Berapakah deposit untuk booking bilik?
Bayaran deposit untuk menyewa mana-mana bilik/homestay adalah RM100.
Bolehkah membatalkan tempahan atau menukar tarikh tempahan?
Permohonan penukaran tarikh hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh daftar masuk. Penukaran tarikh hanya dibenarkan sekali sahaja. Sebarang pembatalan tempahan tidak dibenarkan. Sekiranya tetamu gagal mendaftar masuk pada tarikh baharu yang telah ditukar, bayaran tidak akan dipulangkan (100%).
Apakah kaedah pembayaran tempahan?
Tempahan boleh dibuat menggunakan sistem booking di dalam web ini atau boleh juga hubungi kami di 012-411 7336 untuk bantuan.
Apakah yang akan berlaku jika pelawat yang datang terlalu ramai?
Pihak resort berhak menghalau tetamu yang melebihi bilangan yang ditetapkan.
Bilakah waktu check in / check out?
Waktu check in bilik adalah pada pukul 3 petang dan check out pada 12 tengah hari
Ada sebarang larangan yang perlu pelanggan tahu sebelum book bilik?
- Dilarang membawa alkohol, merokok, membawa durian, atau membawa haiwan peliharaan ke dalam bilik.
- Dilarang melakukan aktiviti yang bercanggah dengan ajaran Islam, seperti meminum arak, bergaul dengan pasangan lelaki atau perempuan bukan mahram, dan berjudi.
Apakah tanggung jawab Tapang Beach Resort?
Pihak resort tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan, kehilangan, kecederaan tubuh badan, nyawa, atau harta benda penyewa disebabkan kelalaian mereka.
Saya perlukan bantal atau tilam tambahan, bagaimana?
Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan atau keperluan tambahan, boleh hubungi kami di 012-411 7336 pada bila-bila masa.
Permohonan untuk bantal atau tuala mungkin dikenakan kadar bayaran tambahan.
Masih ada pertanyaan? WhatsApp kami →
